Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullah wabrakatuh..
Dulu ada seorang sahabat pernah berkata padaku..”Mana mungkin seorang pewira mengalah sebelum berperang.Dan belum lagi melangkah ke medan perang itu.Andai begitu dia tidaklah digelar perwira kerana belum berada dalam medan”
MANA mungkin..
Namun bila kufikirkan kembali adakah berbaloi berperang di medan ITU andai yang kupertaruhkan adalah insan2 yg amat kusayangi..jalan yang telah ku membuat ikrar setia hingga ku mati..
Banyak halangan serta ke-tidak pastian yang bakal terjadi..
Mungkin saya bukan setabah siti khadijah melangkah dalam ketidak relaan insan.
Mungkin saya bukan seteguh Asiyah isteri firaun teguh kakinya di jalan redhaNYA
Mungkin saya bukan semantap ummu sulaim dalam mengharapkan penyerahan dirimu pada jalanNYA sebagai maharnya..
Mungkin saya bukan sehebat mereka..tapi insan kerdil ini ingin berharap..andai bisa..
Namun bila kucermati dan kubiarkan petunjuk membawaku pada jawapan yang pasti..
saya jadi sedih sendiri pada jawaban yang mungkin meraih pengorbanan bagi pihak kita..
How can I be selfish?
Namun bila ku lihat jalan yang panjang ni...Sungguh sedih kurasakan..betapa masih ramai yg belum mengerti apakah jenis pengorbanan yang harus mereka pertaruhkan..apakah fikrah atau mind set yg SEHARUSNYA ada dalam minda mereka..betapa mudah mereka berfikir*sorry to say this* demi kepentingan diri..='(..sungguh sedih..
Jalan ini bukan untuk orang manja..
sudah berakhir masa untuk memikirkan tentang keselesaan dunia..
sudah berakhir masa untuk kepentingan DUNIAWI...
Bukankah kita harus berfikir demi kemaslahatan jalan ini...
Jika engkau cuba memberi ku niat atau alasan mengapa kau berbuat demikian..
tolong jangan sedihkan hatiku dengan alasan yang bisa kusangkal..
kerana sungguh tidak bisa kuterima...tidak bisa kumeredhai...
Siapa yang bakal membela nasib kakak2ku dan adik2ku andai kau memandang ringan langkahmu?
Andai alasanmu begitu rapuh bagiku..
Sungguh menyedihkan bila kumendengar alasan itu keluar dari seseorang yang hebat sepertimu
Generalization OR mengambil kata putus pada pandangan yang singkat tidak memberi kita jawapan yang tepat..
Tidakkah kau tahu?belumkah kau tahu?
Bukankah generalization yang kau buat itu bisa diubah dan dididik seperti yang kau mahu?
Insan dalam tarbiyah..memang telah berjanji untuk ditarbiyah..
lalu apakah lagi alasanmu?
Andai bila bunga di jalan ini memilih rijal yg bukan dari orang yang menapaki jalan ini...
Kesedihan ku rasakan..
kerana tiada siapa yang membela..
Adakah kamu2 akan berkata bunga itu tidak bersabar dan bergegas dalam pilihannya?
Bila berita sedemikian sampai kepadaku..
kebahagiaan kurasakan untuk bunga yg telah berakhir kata2 mak ayah yang asyik menagih penjelasan
Kesedihan ku rasakan untuk bunga itu kerana teguh langkahnya yang tak pasti di jalan ini..
Tidakkah kau mengerti nasib kami??
Adakah kau ingin menjadi penyebab terbantutnya jalan ini?
Ingin mentarbiyah pasangan setelah diijab kabulkan sedangkan telah ada yang faham..
Mengapa begitu?
Adakah kau ingin menjadi penyebab terbantutnya jalan ini?
Ingin mentarbiyah pasangan setelah diijab kabulkan sedangkan telah ada yang faham..
Mengapa begitu?
Ini hanya luahan hati seorang insan yang amat dan teramat menyayangi tertegaknya kalimah toyyibah di muka bumi Allah ini.
Ada seorang pernah berkata.."awak suka ke kat dia?saya boleh aturkan"
"begitu mudah kah mengatur langkah yg besar untuk matlamat yang BESAR?"
betulkah ikrarmu untuk melihat semua dalam saff yang sama??
