Tuesday, August 16, 2011

Say goodbye

 Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum warahmatullah wbarakatuh..

aura-aura meninggalkan insan2 yg kucintai semakin terasa..:'(


Will edit lagi nnti...

Sunday, July 31, 2011

amalan dan angan-angan

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullah wbarakatuh,wahai hati2 yang merindui ramdhan..

Ramdhan will be coming this tuesday!!!!!Alhamdulilah!Semoga Allah beri kesempatan untuk kita berjumpa dan mendidik diri dalam bulan yang penuh dengan hadiah2 bonus lagi lumayan!

Since ramdhan is just a day away..diri terpanggil untuk sama2 memuhasabah diri yang sering lupa dan lalai..Betapa iman dan kejayaan yang kita inginkan dalam ibadat kita itu takkan dapat dicapai dengan hanya BERANGAN-ANGAN*I repeat*amalan2 yang diangan-angankan untuk dibuat tidak membuahkan apa2..IT's just simply zilch!kosong.sifr.xde maknenye..:(

So bila kita mula berangan-angan yang kita akan baca Al-Quran setiap hari 2 muka surat TAPI tangan tak mencapai pada Al-Quran yang kita simpan dengan rapi atas meja tu..SO memang pahala baca Al-Quran tu kita takkan dapat.sama jugak mcm kita bayangkan kita akan qiam setiap malam.tapi bila alarm clock berbunyi,hati mula rasa nak sambung tidur sampai subuh.then bangun pun waktu subuh.SO esuk pagi beranganlah kembali..dan the script goes on forever IMAGINING that you would do that amalan.BUt we never really push ourselves to do just THAT thing that we thought of tu.:'(

Tips:
-Niat kena betul.
-MUJAHADAH dengan diri,mata dan tilam yang empuk *plus udara yg sgt best utk sambung tidur!*
-PAKSA diri untuk bangun.selimut tu tak seberat mana pun kan?:'(
 -LESS sin di siang hari.

-Spare some time to watch this short video.ANALOGY yg sgt terkait dengan diri kita yang selalu suka berangan2 melakukan sesuatu.renung2kanla..

*press the purple word below.tq.*
Kek coklat

Monday, July 18, 2011

Samaaa je~

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum warahmatullah wabrakatuh,cerminan diriku...

Akhlak kita bila bersendirian haruslah sama dengan akhlak kita apabila bersama orang ramai.vice versa.



*peringatan untuk diri dan kamu*

Friday, July 15, 2011

The crossroad

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum warahmatullah wbarakatuh,wahai yang bersabar dengan mehnah dariNYA..


Alhamdulilah...Allah kurniakan balik perasaan ingin menulis di blog ini.For quite some time,I have no feelings kat blog ini.sorry ek.kalau blog ni ada perasaan,mesti dah lama merajuk kot.tak dipedulikan oleh ciknya..hehehe..Semoga Allah beri keberkatan usia yang tersisa ini..Ameen Ya Rabbana..

haritu got a chance relief a class kat rendah bwh for 30 mins before balik tengahri tu.After settle-kan the kids utk balik sebb diorg dh boleh balik pukul 12.So bergegas untuk masuk class yg nak direlief takut terlewat.SubhanaAllah..Amazingly...that classroom is full of motivational words.BAGUS sgt!One of the words that caught my eyes was this~

"Let the choices you make today be choices you can live with tomorrow"

Bila baca kan..it made me thinking about whatever things that I've gone through...n choices that will come my way..

I looked at things in perspectives...Saya sedar by the end of the day...what matter most is what actaully your purpose of life and your tawakkal dan faith towards what Allah have given you...

Kita selalu dengar Allah selalu akan beri yang terbaik kat kita..BUT the question is HOW YAKIN is our heart believing that IT IS the best for us kan?

Semua yang Allah beri kat kita..semuanya nak filter kita..filter siapakah dikalangan hambaNYA yang benar2 YAKIN dengan janji2 yang Allah dah sebut banyak kali dalam Al-Quran?

Setiap mehnah yang Allah beri..memang banyak mengajar kita..menguji kita..menguji tahap keimanan yang selalu kita alunkan...dalam syahadah..dalam dzikir kita...

DAN yang sungguh sedih...bila difikirkan...bahawa manusia selalu mengharapkan benda-benda yang THE BEST from Allah..tapi kita tak pernah nak beri amalan yang THE BEST kat Allah kan?="(((

Ya Rabbi,janganlah Kau palingkan jiwa ini sehingga melihat apa yang baik pada fikiranku itu adalah ketentuan yang terbaik yang seharusnya Kau berikan padaku..

Sungguh hambaMU tidak mengetahui apa yang Engkau ketahui..Dan Engkaulah yang MAHA Mengetahui apa yang terbaik..

Ya Rabbi,andai kau hilangkan nikmatMU padaku..biarkanlah ujianMU itu lebih mendekatkan aku padaMU..dan Moga apa saja yang akan kau berikan padaku...harta,pekerjaan,ilmu,sahabat,ujian dan apa2 kebutuhan yang telah kau takdirkan..BIARLAH segalanya membuatku lebih dekat padaMU...lebih dekat padaMU..lebih dekat padaMU....Ameen..Ameen..Ameen ya Rabbalamin..

Sunday, July 3, 2011

Ya Allah...

Apabila semuanya serba tidak kena, dan kita tidak tahu apa lagi yg hendak dibuat,ingatlah.. 
kita masih boleh bersandar kpd Dia Yang Maha Mengasihi


Apabila hidup dselubungi kegelapan,semuanya silap ,
carilah sinar itu dari Dia Yang Memberi Cahaya


Apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu mengambil kisah,
ingatlah pada Dia yg tidak pernah melukakan hatimu. Dia Yang Maha Adil


Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu, 
jangan berputus asa kerana Dia melihat segala-galanya..


Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi,
carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa


Apabila hidup ini dirasakn seperti beban, segala-galanya goyah, 
bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itu adalah iradat-Nya..


Apabila jalan di depan digelapi kelam mendung sedangkan tiada sesiapa di sisi sudi menemanimu, 
carilah jalan lurus itu dari Dia,yang menjadi satu-satunya panduan hidup


Apabila semua orang di sekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu,
jangan kecewa kerana Dia Maha Mendengar


Apabila miskin dan papa,kita terperangkap dalam kesempitan,
ingatlah kepada Dia Yang Maha Kaya..


Apabila kita dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri,
mengadulah kepada Dia Yang Maha Esa


Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya,
serahkan dirimu kepada Dia..

satu-satunya tempat yang boleh digantungkan harapan nyata.

Apabila parut lukamu dicederakan lagi,hatimu dicakari kebimbangan,
ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar!

Friday, April 8, 2011

Saya bukan malaikat

Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh,wahai yang lembut hatinya..

Fitrahnya manusia akan terluka dengan kata-kata yang diungkapkan oleh sesiapa sahaja andai ianya terlalu tajam.Sama jualah dengan diri ini.Berlapang dada itu tak semudah ungkapan.Namun wahai saudariku,janganlah mengungkapakn sesuatu yang belum dalam ilmumu..atau tidak pernah kau rasai sakitnya..kerana kata-kata yang bakal kau sebut dan cuba untuk kau gambarkan melalui kata-kata itu tak sama dengan apa yang dirasa oleh orang yang pernah merasa.DAN pasti tak sama dan tak betul apa yang cuba kau gambarkan..

Terlalu keras pemilihan kata yang cuba kau gambarkan.Sememangnya ada banyak contoh lain yang lebih praktikal dari memberi contoh yang sangat tidak 'berhikmah'.Saya bukan malaikat,wahai saudariku.Kata-katamu membuka seluasnya luka lama yang telah mula sembuh.Sungguh dengan kata-kata itu diriku harus menyimpan kembali ubat pada luka itu untuk yang ke sekian kalinya.Dan sungguh ia meletihkanku wahai saudariku..memberi kata-kata semangat agar luka itu kembali sembuh..Andai sekiranya kau pernah merasa pasti dan aku amat yakin kau takkan pernah mengungkapkan apa yang telah kau ucapkan itu.

Kau mengungkapkannya seakan ianya seperti gurauan yang sungguh lucu.Sedangkan bagiku ianya luka yang teramat ingin ku lupakan.Mengapa kau begitu wahai saudariku...janganlah begitu..Sungguh ia melelahkanku..Aku pasti andai kau pernah merasakannya..Kau pasti lebih sensitif dengan penggunaan ayat dan contoh.Bersyukurlah Allah memberimu nikmat tidak merasa apa yang kurasa..

Wahai saudariku..diri ini manusia...bukan malaikat...
tolong jangan berkata seakan kami sempurna..
kerna ku tak bisa sempurna.

Laugh at jokes BUT not on other people's pain.

Sunday, March 20, 2011

luahan hati insan yang mengerti

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullah wabrakatuh..
Dulu ada seorang sahabat pernah berkata padaku..”Mana mungkin seorang pewira mengalah sebelum berperang.Dan belum lagi melangkah ke medan perang itu.Andai begitu dia tidaklah digelar perwira kerana belum berada dalam medan”
MANA mungkin..
Namun bila kufikirkan kembali adakah berbaloi berperang di medan ITU andai yang kupertaruhkan adalah insan2 yg amat kusayangi..jalan yang telah ku membuat ikrar setia hingga ku mati..
Banyak halangan serta ke-tidak pastian yang bakal terjadi..
Mungkin saya bukan setabah siti khadijah melangkah dalam ketidak relaan insan.
Mungkin saya bukan seteguh Asiyah isteri firaun teguh kakinya di jalan redhaNYA
Mungkin saya bukan semantap ummu sulaim dalam mengharapkan penyerahan dirimu pada jalanNYA sebagai maharnya..
Mungkin saya bukan sehebat mereka..tapi insan kerdil ini ingin berharap..andai bisa..
Namun bila kucermati dan kubiarkan petunjuk membawaku pada jawapan yang pasti..
saya jadi sedih sendiri pada jawaban yang mungkin meraih pengorbanan bagi pihak kita..
How can I be selfish?

Namun bila ku lihat jalan yang panjang ni...Sungguh sedih kurasakan..betapa masih ramai yg belum mengerti apakah jenis pengorbanan yang harus mereka pertaruhkan..apakah fikrah atau mind set yg SEHARUSNYA ada dalam minda mereka..betapa mudah mereka berfikir*sorry to say this* demi kepentingan diri..='(..sungguh sedih..
Jalan ini bukan untuk orang manja..
sudah berakhir masa untuk memikirkan tentang keselesaan dunia..
sudah berakhir masa untuk kepentingan DUNIAWI...
Bukankah kita harus berfikir demi kemaslahatan jalan ini...
Jika engkau cuba memberi ku niat atau alasan mengapa kau berbuat demikian..
tolong jangan sedihkan hatiku dengan alasan yang bisa kusangkal..
kerana sungguh tidak bisa kuterima...tidak bisa kumeredhai...
Siapa yang bakal membela nasib kakak2ku dan adik2ku andai kau memandang ringan langkahmu?
Andai alasanmu begitu rapuh bagiku..
Sungguh menyedihkan bila kumendengar alasan itu keluar dari seseorang yang hebat sepertimu
Generalization OR mengambil kata putus pada pandangan yang singkat tidak memberi kita jawapan yang tepat..
Tidakkah kau tahu?belumkah kau tahu?
Bukankah generalization yang kau buat itu bisa diubah dan dididik seperti yang kau mahu?
Insan dalam tarbiyah..memang telah berjanji untuk ditarbiyah..
lalu apakah lagi alasanmu?
Andai bila bunga di jalan ini memilih rijal yg bukan dari orang yang menapaki jalan ini...
Kesedihan ku rasakan..
kerana tiada siapa yang membela..
Adakah kamu2 akan berkata bunga itu tidak bersabar dan bergegas dalam pilihannya?
Bila berita sedemikian sampai kepadaku..
kebahagiaan kurasakan untuk bunga yg telah berakhir kata2 mak ayah yang asyik menagih penjelasan
Kesedihan ku rasakan untuk bunga itu kerana teguh langkahnya yang tak pasti di jalan ini..
Tidakkah kau mengerti nasib kami??
Adakah kau ingin menjadi penyebab terbantutnya jalan ini?
Ingin mentarbiyah pasangan setelah diijab kabulkan sedangkan telah ada yang faham..
Mengapa begitu?

Ini hanya luahan hati seorang insan yang amat dan teramat menyayangi tertegaknya kalimah toyyibah di muka bumi Allah ini.

Ada seorang  pernah berkata.."awak suka ke kat dia?saya boleh aturkan"
"begitu mudah kah mengatur langkah yg besar untuk matlamat yang BESAR?"

betulkah ikrarmu untuk melihat semua dalam saff yang sama??