Thursday, July 26, 2012

Beautiful

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum warahmatullah wabrakatuh,wahai yang menghias diri dengan taqwa..

Semoga graph iman berada dalam keadaan menaik..Hari ini nak cakap tentang definisi chanteq/jameelah/beautiful..and to be precise MY definition..

My definition of beauty = Islam definition about beauty.

When we say someone is beautiful..we most of the time refer to their physical appearance..and when it comes to me..what's beautiful in someone is their akhlak..their personality..THAT quality is very charming..

Pernah dengar kan kata2 macam beauty is in the eye of the beholder..indeed sesuatu yang sangat menawan apabila seseorang mempunyai personaliti yang baik, seseorang yang menunjukkan contoh yang baik dan yang tersangat penting..apabila that beautiful person reminds you of HIM..OUR Creator..

AND this i think everyone will agree on this statement..when it comes to personaliti yang baik..semua orang akan sejuk hati..

Tidak perlu pada baju yang mahal, keturunan yang high class, berbicara dengan vocabulary yg tak pernah didengar orang untuk menawan hati manusia..kerana sifat yang baik itu sudah cukup kuat dan teguh untuk mengikat hati..Kalau saya la kan..akan turn off dengan orang yang suka cakap tentang kehebatan diri..contoh dah pernah pergi mana..beli apa..buat apa..sangatla tak perlu..hehe..kadang-kadang ada je manusia yang berfikir untuk berkawan dan 'masuk' dengan sesetengah orang mereka perlu untuk menceritakan 'sesuatu' agar mereka setaraf katanya.kita bersahabt..mengenal seseorang kerana diri mereka..yang kita akan kenal eventually..besides kita bukan bersahabat dengan kehebatannya..kita bersahabat dengan hatinya..dirinya..Hanya insan yang berperinsipkan dunia sahaja berkehendakkan sahabat yang bisa memberi manfaat dunia padanya...*yet again it doesn't mean saya menolak dunia.cuma janganla berlebihan...*

one interesting incident that happen today: hari ini pergi hantar adik pergi sekolah..bila dia nak turun dari kereta..dia cakap.."shake hands.." sambil hulurkan tangan dia..n i was taken aback by it somehow..cause I'm used to hearing.."salam bapa/ummi..." bila nak turun dari kereta..YES!those education or knowledge that we implanted in our brain and we let them influence us.SAD!they feel 'cool' and civilised by acting that way.too much western movies n drama that they watched had made them used THEIR vocabulary.

Being placed in a university dimana sangat memartabatkan bahasa melayu membuat diri saya seolah diketuk dan ditampar dengan sangat dahsyat  dan disedarkan akan satu hakikat  bahawa sistem pendidikan yang telah diserapkan pada kami sejak sekolah terdapat kelompongan dalam memastikan bahasa melayu juga mendapat perhatian yang sama akan kepentingannya.Knowing the fact,it raised an issue to why didn't anyone brought this issue up,I come up with the fact that all overseas students are placed in United kingdom and UIAM where their medium of conveying the knowledge is english.AND that notion sadden me.I shall spare you with kata2 sindiran yang mengatakan bahawa bangsa melayu sendiri tak pandai cakap melayu.THAT was a slap on the face,y'know.InsyaAllah Allah place me there cause HE knows I can overcome that.I.e. I can speak malay.Most people change due to adaptation to pressure and environemt.^^(out amat statemnet ni dari topic kita.shud have put it on other post.well,sorry for being random.hehe*

*back on track*

JOM percantikkan diri dengan akhlak terpuji...

REMINDER:selalulah bersihkan hati dengan istighfar..agar senyuman dan bicaramu menyejukkan jiwa..Lantas bahagia terpancar dicelahannya..

p/s:we should always check our definition about crucial things in life(happiness,love,friends,family,attitude,etc)..is it based on what Islam taught us to?Or we take western philosophy to enrich our personality?WILL that put Allah's redha in us?

OH found this picture kat fb.mungkin mempunyai mesej.mungkin tak.saja nak post.leh x?hehe

OH OH i 'm quite sad..cause one of my fvourite colour is somehow represent somethng 'bad' in my 'society'...well,when im back home..I'll make sure i wear it as many time as i can.hehe..sometime nak cakap.."What I'm wearing does NOT represent anythng whatsoever.I just love purple cause it's my favourite colour!.:("but then again xkan nak gantung kat badan kot kata2 tu*;)*..hehe..adaptation,dear!

-be careful with what you say,cause people can read your mind and heart from what's out from your lips-

Tuesday, April 24, 2012

Beranjak senja

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam mujahadah kuhulurkan pada insan yang membaca. Saya baru sahaja selesai membaca blog seorang akak senior di jabatan Al-Quran dan Al-Sunnah(JQS). Seolah-olah rasa bersemangat setelah membaca blog beliau. Terasa kata-katanya itu dari hatinya dan mengalir pada diri  ini. Seolah-olah diri ini terkena kejutan elektrik dek semangat perjuangan yang ada dalam dirinya.AKU mahu sepertinya. Dan sebenarnya sudah agak lama diri ini mencari sahabat yang mempunyai semangat pengorbanan sepertinya.SubhanAllah..Allah seolah-olah memberi petunjukNya..

"Pengorbanan kita harus luarbiasa kerana impian kita luarbiasa"

Masih terngiang-ngiang kata yang jari jemari ini lakarkan pada email yang telah kukirimkan pada YG itu ketika mengkhabarkan bahawa diri ini mendapat tawaran menyambung pelajaran dalam kursus yang menjadi impianku  semenjak berada dalam tingkatan 2(2002),iaitu Pengkhususan dalam Al-Quran dan Al-Sunnah,UKM,Malaysia.Bahagia yang sungguh sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Perasaan itu hakikatnya memang sangat unik. Sekarang bila diri ini Allah masih beri peluang untuk tetap berada dalam pengajian ini. Diri ini seolah-olah berulang kali mempersoalkan kesungguhan dan asbab kenapa diri ini berada di sini.

Bila kumencari fatwa pada hati.Sungguh sedih kurasakan.Kerana hakikatnya diri ini belum benar-benar serius dengan pengorbanan ini.Belum benar-benar menjelmakan kesungguhan yang seharusnya ada pada diri ini.Masih cengeng!:(

Kadang-kadang diri ini merasa sudah beranjak ke dunia senja...kerana kadang perkataan  yang pada kebiasaannya diucapkan oleh insan2 berusia senja telah mula ku ucapkan...Pemikiran seperti 'hanya budak2 sahaja yang berperilaku sedemikian', 'saya faham apa yang awak rasa.dulu saya pun macam tu."...dann banyak lagi kata2 yang sewaktu dengannya.

Dan apabila mindaku sudah laju berfikir apabila seseorang mengatakan sesuatu.
Apabila diriku memujuk hati dek kerana seseorang yang terlalu cepat mengeluarkan pendapatnya.
Apabila diriku merasa sangat bisa merasa keperitan hati seseorang...
Apabila diri tersenyum melihat seseorang telah menjadi lebih ceria dek kerna hati berbunga cinta manusia...

*tanda-tanda pen-tua-an*

DAN apabila diri merasa apa yang penting bagiku adalah RedhaNYA semata.dan telah berlalu waktu untuk mengharap cinta manusia untuk menyempurnakanku.Bagiku waktu itu telah beransur pergi.pergi meninggalkanku.Tiada lagi dalam impian bahkan lenaku mengharap benda itu akan terjadi. Harapan itu telah kubuang jauh. Dek kerna pengharapan sebegitu melelahkan dan hanya membuahkan kecewa.Namun untuk membuat faham manusia tentang subjek itu. Ia memerlukan seseorang itu berada di bawah 'proses tarbiyah'-ujian. SUNGGUH ujian itu mematangkan jiwa.Bila kita berbicara pada manusia tentang hal sedemikian pasti susah untuknya mengerti kerana pengalaman ataupun jalur fikiran belum lagi sampai pada pemahaman yang matang.Diri ini berfikir bagaimana kah harus kuperbuat untuknya?

Post kali ini berkait rapat dengan persoalan yang bermain di minda sebenarnya...Diri ini tidak suka..dan tidak terbiasa berada pada situasi tidak memberi manfaat.hanya duduk memerhati itu bukan diriku!Aku ingin menjadi seperti Ibunda Ummul Mukminin Saiditina Khadijah yang memberi segalanya pada Deen ini.Walau dengan cara apa sekalipun. Lalu permohonan yang telah diuar-uarkan pada kolej kediaman ini membuatku berfikir panjang..bersimpan siul memikirkan bagaiman caranya aku bisa memberi manfaat.

"Adakah benar caraku?"
"Adakah masyarakat di sini begitu cara fikirnya?"
"Adakah cara itu cukup berhikmah untuk mereka kembali ke jalan fitrah?"
"Adakah benar cara itu bukan memudah-mudahkan?"
"Adakah benar dengan cara ini aku bisa membangunkan manusia yang terlena?"
dan seribu satu persoalan...
Hanya pada Allah, kualunkan kerunsinganku...

Jika kita hanya ingin cater orang yang ingin pada Deen..lalu siapakah yang akan cater orang yang masih tidak merasa PERLU pada deen ini?SIAPA ini mengaku bertanggungjawab?:'(

*kuulang persoalan ini di ruang angkasa minda*

Semoga Allah memandu hati dan fikrahku pada redhaNYA...Ameenn~

*sgt rinduu pada habibullah Muhammad bin Abdulullah dan para sahabat*

"Ya Allah,berikanlah kami ilmu dan keimanan sepertimana telah kau anugerahkan pada Rasulullah dan para sahabat.."

Ameeen..

Wednesday, April 4, 2012

That's great!

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh,Wahai Yang chantik akhlaknya...*Ameen Ya Rabb*

Pernah rasa tak perasaan terkurung?*ayat xleh bla*huhu..Saya kesian dengan orang yang mencuba untuk keluar dari keadaan baru kepada keadaan yang lama.Keadaan baru being tak friendly..tak peramah...tengok orang dengan mata dan muka takde perasaan...Nak senyum gaya xikhlas jek.:(..Pernah jumpa tak manusia macam ni?

*saya paling susah hati jumpa orang pendiam*Ada plak?*geleng2 kepala*

Pernah tak dalam situasi tu?Sesuatu kebiasaan bermula dari perubahan yang dilakukan secara beransur-ansur,bukan?Betul,encik ghazali!*sapa la pulok enche ghazali ni kan?Saja je~*Dulu ada seseorang yang tinggal di daerah yang terpencil mempunyai simptom-simptom yang tersebut di atas. dan sahabatnya merasa beringinan untuk merasa betul ke sahabatnya yang dulu periang ini boleh berubah sehingga begitu sekali.

Alkisah~Toyyibb~Allah telah memakbulkan bisikan hati sahabat pada orang yang tinggal di daerah yang terpencil itu. Allah timpakan padanya setitik ujian yang berat di timbangan lalu disangkut pada bahu dan hati*istilah apa kah ini?*mengarut! Dan sahabatnya ini memendam rasa...dan merasa tiada siapa yang mengerti derita jiwa...*ceeh~ayat~*Biarku ubati lukaku sendiri~*mcm lagu lah pulok!ada ke?*hehehe..Dia berusaha keras untuk keluar dari perasaan yang menghimpit...Namun tanpa disedari, sifatnya telah berubah menjadi senang menyendiri...lebih bahagia berdiam diri...menangis sendiri...cuba mencuba memujuk diri...

"masa berlalu~~tanpaku menyedari"*lagu Nora*Klasik bah ituh!

Lalu bila peringatan...keberadaan beberapa insan didekatnya...teguran-teguran yang membekas di hati...datang beransur-ansur...Dia mula menyedari..lukanya telah baik sendiri..*perhaps she tried too hard,huh?*...

Lalu...*jeng jeng jeng~~<--background song.Ada lg tu*Sahabatnya tersentak...Bila dia mula untuk tersenyum pada orang lain..bibirnya kaku...urat bibrnya seolah2 telah disimpulkan...walau seberapa keras ia mencuba...*lalu sahabat ini menangis.kerana ingin membuka simpul tersebut.mencuba sekuat kudrat*...

sahabat ini mula ingin menegur orang lain...memberi salam...*ada ketika berjaya..ada ketika hanya melihat dengan mata yang tak berperasaan itu*...Tersedarlah sahabat ini..Rupa-rupanya ia telah berubah...

Tiada lagi senyuman..tiada lagi ceria...*lagu misha omar yang telah di-edit*...Dengan kesedaran ini,dia mencuba untuk mengubahnya perlahan-lahan...setiap hari..dia cuba untuk ketawa seikhlasnya...mensyukuri di atas kejayaan menegur seseorang dengan senyuman ikhlas...setiap percubaan yang berjaya disyukuri..membuahkan bahagia...

Alhamdulilah..sekarang dia telah mula...untuk balik ke petak satu..dan bermula bergerak ke petak-petak seterusnya....walau kadang terserempak dengan orang yang selama beberapa ketika yang agak lama,kebiasaanya hanya dipandang sepi..ketahuilah hatinya menjerit dan meronta ingin menegur ceria..Sangat ingin menyalurkan kebahagiaan..sangat ingin menyebarkan salam...Namun kerna kebiasaan pada keadaan yang baru pada waktu yang panjang telah menjadikan berdiam diri itu suatu kebiasaan...memandang sepi itu seolah tidak apa-apa.SEDANGKAN itu bukanlah sifat seorang muslim.TIDAK sama sekali!

Wahai sahabat,berusahalah mengubahnya sedayamu...pasti Allah bantu...


p/s:Welcome back to knowing the real me=D."Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh,let's us know each other."<==monolog sahabat.

Dialog:
*ketuk pintu*
Sahabat: Akak,nama akak sapa?
Jiran sahabat: hahaha..*pegang dahi*..Aisyah...panggil je aish..nama awak sapa?
Sahabat: hmm...Zainab....=D
Jiran sahabat: oo..zainab.. kita selalu je tegur..tapi tak pernah tahu pun nama.
Sahabt: A'aa..=D

FYI: sahabat baru je mula tegur dengan agak ramah dan 'frequent' bila nak cuti sekolah.dan Alhamdulilah...berterusan bila dah bukak sekolah...dan hari ini sahabat memberanikan diri untuk tanya nama jiran...Alhamdulilah..

Satu perkara yang sahabat bersyukur: Alhamdulilah,sahabat yang mulakan tanya nama jiran.Bukan jiran yang mula dulu.Alhamdulilah...

-TAMAT-

pengajarannya?Mari kita renung-renungkan~

Monday, April 2, 2012

kata mutiara dari Bunda

Assalamualaikum wrh wbt,

Terlalu banyak jeritan jiwa yang terbelenggu
Akibatnya telinga jadi pekak pada butir bicara
Keadaan sebegitu rapuh kau gagahi
untuk menapaki liku perjalanan sementara

Kadang bila hati mengalunkan harapan
pada hari esok yang cerah
Ia dipadamkan oleh hakikat nan benar
bahawa berneracalah sebetulnya
Bukan kerna dunia
mahupun keinginan jiwa
namun neraca Allah dan Rasulullah yang utama.

Allah mengirim seorang manusia
menerangkan seluk belok onak duri
di pentas yang tak hakiki
membuka mata dan minda
terlebih lagi hati nurani
bahawa penilaianmu sungguh singkat
pasti berubah dek perubahan masa
dan usia..

Wahai diri,
apa yang kau cari?
Adakah bila keinginanmu tercapai
itulah noktah pelayaran?
Tidak sama sekali!
benar katanya,
itu bukan soal hidup mati
tapi soal neraka syurga abadi..

Redha ilahi adalah segalanya
bukan mendapat yang paling menawan
mahupun yang paling hebat dalam mematahkan hujahmu
Itu katanya.
kerana Sang Adam adalh penyempurna bagimu
bukan untuk mematahkan semangat juangmu.

tentukan apa yang terpenting
harus ada padanya
dan jelaskan fikiran
apa yang boleh ada walau hati
tak berapa sudi.

Amat kusyukuri
Amat kuhargai
kesabaranmu menunggu saat yang tepat
melafaz kata untuk merungkai
dan memujuk hatiku...
Pasti fikiranmu ligat memikirkan cara...
agar kutidak pergi jauh lagi...

Kau kata
tidak semua mengerti diriku
tidak semua faham apa yang kurasa
Namun kau mencoba...
untuk mengerti...
memujuk dalam tegas
namun terselit kasih sayangmu yang menggunung...

soalan terakhir:
Apakah yang penting?orang yang kita sayang atau orang yang sayang kita?=D

Tuesday, August 16, 2011

Say goodbye

 Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum warahmatullah wbarakatuh..

aura-aura meninggalkan insan2 yg kucintai semakin terasa..:'(


Will edit lagi nnti...

Sunday, July 31, 2011

amalan dan angan-angan

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullah wbarakatuh,wahai hati2 yang merindui ramdhan..

Ramdhan will be coming this tuesday!!!!!Alhamdulilah!Semoga Allah beri kesempatan untuk kita berjumpa dan mendidik diri dalam bulan yang penuh dengan hadiah2 bonus lagi lumayan!

Since ramdhan is just a day away..diri terpanggil untuk sama2 memuhasabah diri yang sering lupa dan lalai..Betapa iman dan kejayaan yang kita inginkan dalam ibadat kita itu takkan dapat dicapai dengan hanya BERANGAN-ANGAN*I repeat*amalan2 yang diangan-angankan untuk dibuat tidak membuahkan apa2..IT's just simply zilch!kosong.sifr.xde maknenye..:(

So bila kita mula berangan-angan yang kita akan baca Al-Quran setiap hari 2 muka surat TAPI tangan tak mencapai pada Al-Quran yang kita simpan dengan rapi atas meja tu..SO memang pahala baca Al-Quran tu kita takkan dapat.sama jugak mcm kita bayangkan kita akan qiam setiap malam.tapi bila alarm clock berbunyi,hati mula rasa nak sambung tidur sampai subuh.then bangun pun waktu subuh.SO esuk pagi beranganlah kembali..dan the script goes on forever IMAGINING that you would do that amalan.BUt we never really push ourselves to do just THAT thing that we thought of tu.:'(

Tips:
-Niat kena betul.
-MUJAHADAH dengan diri,mata dan tilam yang empuk *plus udara yg sgt best utk sambung tidur!*
-PAKSA diri untuk bangun.selimut tu tak seberat mana pun kan?:'(
 -LESS sin di siang hari.

-Spare some time to watch this short video.ANALOGY yg sgt terkait dengan diri kita yang selalu suka berangan2 melakukan sesuatu.renung2kanla..

*press the purple word below.tq.*
Kek coklat

Monday, July 18, 2011

Samaaa je~

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum warahmatullah wabrakatuh,cerminan diriku...

Akhlak kita bila bersendirian haruslah sama dengan akhlak kita apabila bersama orang ramai.vice versa.



*peringatan untuk diri dan kamu*