Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh,wahai yang lembut hatinya..
Fitrahnya manusia akan terluka dengan kata-kata yang diungkapkan oleh sesiapa sahaja andai ianya terlalu tajam.Sama jualah dengan diri ini.Berlapang dada itu tak semudah ungkapan.Namun wahai saudariku,janganlah mengungkapakn sesuatu yang belum dalam ilmumu..atau tidak pernah kau rasai sakitnya..kerana kata-kata yang bakal kau sebut dan cuba untuk kau gambarkan melalui kata-kata itu tak sama dengan apa yang dirasa oleh orang yang pernah merasa.DAN pasti tak sama dan tak betul apa yang cuba kau gambarkan..
Terlalu keras pemilihan kata yang cuba kau gambarkan.Sememangnya ada banyak contoh lain yang lebih praktikal dari memberi contoh yang sangat tidak 'berhikmah'.Saya bukan malaikat,wahai saudariku.Kata-katamu membuka seluasnya luka lama yang telah mula sembuh.Sungguh dengan kata-kata itu diriku harus menyimpan kembali ubat pada luka itu untuk yang ke sekian kalinya.Dan sungguh ia meletihkanku wahai saudariku..memberi kata-kata semangat agar luka itu kembali sembuh..Andai sekiranya kau pernah merasa pasti dan aku amat yakin kau takkan pernah mengungkapkan apa yang telah kau ucapkan itu.
Kau mengungkapkannya seakan ianya seperti gurauan yang sungguh lucu.Sedangkan bagiku ianya luka yang teramat ingin ku lupakan.Mengapa kau begitu wahai saudariku...janganlah begitu..Sungguh ia melelahkanku..Aku pasti andai kau pernah merasakannya..Kau pasti lebih sensitif dengan penggunaan ayat dan contoh.Bersyukurlah Allah memberimu nikmat tidak merasa apa yang kurasa..
Wahai saudariku..diri ini manusia...bukan malaikat...
tolong jangan berkata seakan kami sempurna..
kerna ku tak bisa sempurna.
Laugh at jokes BUT not on other people's pain.
No comments:
Post a Comment