Tuesday, April 24, 2012

Beranjak senja

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam mujahadah kuhulurkan pada insan yang membaca. Saya baru sahaja selesai membaca blog seorang akak senior di jabatan Al-Quran dan Al-Sunnah(JQS). Seolah-olah rasa bersemangat setelah membaca blog beliau. Terasa kata-katanya itu dari hatinya dan mengalir pada diri  ini. Seolah-olah diri ini terkena kejutan elektrik dek semangat perjuangan yang ada dalam dirinya.AKU mahu sepertinya. Dan sebenarnya sudah agak lama diri ini mencari sahabat yang mempunyai semangat pengorbanan sepertinya.SubhanAllah..Allah seolah-olah memberi petunjukNya..

"Pengorbanan kita harus luarbiasa kerana impian kita luarbiasa"

Masih terngiang-ngiang kata yang jari jemari ini lakarkan pada email yang telah kukirimkan pada YG itu ketika mengkhabarkan bahawa diri ini mendapat tawaran menyambung pelajaran dalam kursus yang menjadi impianku  semenjak berada dalam tingkatan 2(2002),iaitu Pengkhususan dalam Al-Quran dan Al-Sunnah,UKM,Malaysia.Bahagia yang sungguh sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Perasaan itu hakikatnya memang sangat unik. Sekarang bila diri ini Allah masih beri peluang untuk tetap berada dalam pengajian ini. Diri ini seolah-olah berulang kali mempersoalkan kesungguhan dan asbab kenapa diri ini berada di sini.

Bila kumencari fatwa pada hati.Sungguh sedih kurasakan.Kerana hakikatnya diri ini belum benar-benar serius dengan pengorbanan ini.Belum benar-benar menjelmakan kesungguhan yang seharusnya ada pada diri ini.Masih cengeng!:(

Kadang-kadang diri ini merasa sudah beranjak ke dunia senja...kerana kadang perkataan  yang pada kebiasaannya diucapkan oleh insan2 berusia senja telah mula ku ucapkan...Pemikiran seperti 'hanya budak2 sahaja yang berperilaku sedemikian', 'saya faham apa yang awak rasa.dulu saya pun macam tu."...dann banyak lagi kata2 yang sewaktu dengannya.

Dan apabila mindaku sudah laju berfikir apabila seseorang mengatakan sesuatu.
Apabila diriku memujuk hati dek kerana seseorang yang terlalu cepat mengeluarkan pendapatnya.
Apabila diriku merasa sangat bisa merasa keperitan hati seseorang...
Apabila diri tersenyum melihat seseorang telah menjadi lebih ceria dek kerna hati berbunga cinta manusia...

*tanda-tanda pen-tua-an*

DAN apabila diri merasa apa yang penting bagiku adalah RedhaNYA semata.dan telah berlalu waktu untuk mengharap cinta manusia untuk menyempurnakanku.Bagiku waktu itu telah beransur pergi.pergi meninggalkanku.Tiada lagi dalam impian bahkan lenaku mengharap benda itu akan terjadi. Harapan itu telah kubuang jauh. Dek kerna pengharapan sebegitu melelahkan dan hanya membuahkan kecewa.Namun untuk membuat faham manusia tentang subjek itu. Ia memerlukan seseorang itu berada di bawah 'proses tarbiyah'-ujian. SUNGGUH ujian itu mematangkan jiwa.Bila kita berbicara pada manusia tentang hal sedemikian pasti susah untuknya mengerti kerana pengalaman ataupun jalur fikiran belum lagi sampai pada pemahaman yang matang.Diri ini berfikir bagaimana kah harus kuperbuat untuknya?

Post kali ini berkait rapat dengan persoalan yang bermain di minda sebenarnya...Diri ini tidak suka..dan tidak terbiasa berada pada situasi tidak memberi manfaat.hanya duduk memerhati itu bukan diriku!Aku ingin menjadi seperti Ibunda Ummul Mukminin Saiditina Khadijah yang memberi segalanya pada Deen ini.Walau dengan cara apa sekalipun. Lalu permohonan yang telah diuar-uarkan pada kolej kediaman ini membuatku berfikir panjang..bersimpan siul memikirkan bagaiman caranya aku bisa memberi manfaat.

"Adakah benar caraku?"
"Adakah masyarakat di sini begitu cara fikirnya?"
"Adakah cara itu cukup berhikmah untuk mereka kembali ke jalan fitrah?"
"Adakah benar cara itu bukan memudah-mudahkan?"
"Adakah benar dengan cara ini aku bisa membangunkan manusia yang terlena?"
dan seribu satu persoalan...
Hanya pada Allah, kualunkan kerunsinganku...

Jika kita hanya ingin cater orang yang ingin pada Deen..lalu siapakah yang akan cater orang yang masih tidak merasa PERLU pada deen ini?SIAPA ini mengaku bertanggungjawab?:'(

*kuulang persoalan ini di ruang angkasa minda*

Semoga Allah memandu hati dan fikrahku pada redhaNYA...Ameenn~

*sgt rinduu pada habibullah Muhammad bin Abdulullah dan para sahabat*

"Ya Allah,berikanlah kami ilmu dan keimanan sepertimana telah kau anugerahkan pada Rasulullah dan para sahabat.."

Ameeen..

No comments:

Post a Comment