Wednesday, April 4, 2012

That's great!

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh,Wahai Yang chantik akhlaknya...*Ameen Ya Rabb*

Pernah rasa tak perasaan terkurung?*ayat xleh bla*huhu..Saya kesian dengan orang yang mencuba untuk keluar dari keadaan baru kepada keadaan yang lama.Keadaan baru being tak friendly..tak peramah...tengok orang dengan mata dan muka takde perasaan...Nak senyum gaya xikhlas jek.:(..Pernah jumpa tak manusia macam ni?

*saya paling susah hati jumpa orang pendiam*Ada plak?*geleng2 kepala*

Pernah tak dalam situasi tu?Sesuatu kebiasaan bermula dari perubahan yang dilakukan secara beransur-ansur,bukan?Betul,encik ghazali!*sapa la pulok enche ghazali ni kan?Saja je~*Dulu ada seseorang yang tinggal di daerah yang terpencil mempunyai simptom-simptom yang tersebut di atas. dan sahabatnya merasa beringinan untuk merasa betul ke sahabatnya yang dulu periang ini boleh berubah sehingga begitu sekali.

Alkisah~Toyyibb~Allah telah memakbulkan bisikan hati sahabat pada orang yang tinggal di daerah yang terpencil itu. Allah timpakan padanya setitik ujian yang berat di timbangan lalu disangkut pada bahu dan hati*istilah apa kah ini?*mengarut! Dan sahabatnya ini memendam rasa...dan merasa tiada siapa yang mengerti derita jiwa...*ceeh~ayat~*Biarku ubati lukaku sendiri~*mcm lagu lah pulok!ada ke?*hehehe..Dia berusaha keras untuk keluar dari perasaan yang menghimpit...Namun tanpa disedari, sifatnya telah berubah menjadi senang menyendiri...lebih bahagia berdiam diri...menangis sendiri...cuba mencuba memujuk diri...

"masa berlalu~~tanpaku menyedari"*lagu Nora*Klasik bah ituh!

Lalu bila peringatan...keberadaan beberapa insan didekatnya...teguran-teguran yang membekas di hati...datang beransur-ansur...Dia mula menyedari..lukanya telah baik sendiri..*perhaps she tried too hard,huh?*...

Lalu...*jeng jeng jeng~~<--background song.Ada lg tu*Sahabatnya tersentak...Bila dia mula untuk tersenyum pada orang lain..bibirnya kaku...urat bibrnya seolah2 telah disimpulkan...walau seberapa keras ia mencuba...*lalu sahabat ini menangis.kerana ingin membuka simpul tersebut.mencuba sekuat kudrat*...

sahabat ini mula ingin menegur orang lain...memberi salam...*ada ketika berjaya..ada ketika hanya melihat dengan mata yang tak berperasaan itu*...Tersedarlah sahabat ini..Rupa-rupanya ia telah berubah...

Tiada lagi senyuman..tiada lagi ceria...*lagu misha omar yang telah di-edit*...Dengan kesedaran ini,dia mencuba untuk mengubahnya perlahan-lahan...setiap hari..dia cuba untuk ketawa seikhlasnya...mensyukuri di atas kejayaan menegur seseorang dengan senyuman ikhlas...setiap percubaan yang berjaya disyukuri..membuahkan bahagia...

Alhamdulilah..sekarang dia telah mula...untuk balik ke petak satu..dan bermula bergerak ke petak-petak seterusnya....walau kadang terserempak dengan orang yang selama beberapa ketika yang agak lama,kebiasaanya hanya dipandang sepi..ketahuilah hatinya menjerit dan meronta ingin menegur ceria..Sangat ingin menyalurkan kebahagiaan..sangat ingin menyebarkan salam...Namun kerna kebiasaan pada keadaan yang baru pada waktu yang panjang telah menjadikan berdiam diri itu suatu kebiasaan...memandang sepi itu seolah tidak apa-apa.SEDANGKAN itu bukanlah sifat seorang muslim.TIDAK sama sekali!

Wahai sahabat,berusahalah mengubahnya sedayamu...pasti Allah bantu...


p/s:Welcome back to knowing the real me=D."Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh,let's us know each other."<==monolog sahabat.

Dialog:
*ketuk pintu*
Sahabat: Akak,nama akak sapa?
Jiran sahabat: hahaha..*pegang dahi*..Aisyah...panggil je aish..nama awak sapa?
Sahabat: hmm...Zainab....=D
Jiran sahabat: oo..zainab.. kita selalu je tegur..tapi tak pernah tahu pun nama.
Sahabt: A'aa..=D

FYI: sahabat baru je mula tegur dengan agak ramah dan 'frequent' bila nak cuti sekolah.dan Alhamdulilah...berterusan bila dah bukak sekolah...dan hari ini sahabat memberanikan diri untuk tanya nama jiran...Alhamdulilah..

Satu perkara yang sahabat bersyukur: Alhamdulilah,sahabat yang mulakan tanya nama jiran.Bukan jiran yang mula dulu.Alhamdulilah...

-TAMAT-

pengajarannya?Mari kita renung-renungkan~

No comments:

Post a Comment