Monday, April 2, 2012

kata mutiara dari Bunda

Assalamualaikum wrh wbt,

Terlalu banyak jeritan jiwa yang terbelenggu
Akibatnya telinga jadi pekak pada butir bicara
Keadaan sebegitu rapuh kau gagahi
untuk menapaki liku perjalanan sementara

Kadang bila hati mengalunkan harapan
pada hari esok yang cerah
Ia dipadamkan oleh hakikat nan benar
bahawa berneracalah sebetulnya
Bukan kerna dunia
mahupun keinginan jiwa
namun neraca Allah dan Rasulullah yang utama.

Allah mengirim seorang manusia
menerangkan seluk belok onak duri
di pentas yang tak hakiki
membuka mata dan minda
terlebih lagi hati nurani
bahawa penilaianmu sungguh singkat
pasti berubah dek perubahan masa
dan usia..

Wahai diri,
apa yang kau cari?
Adakah bila keinginanmu tercapai
itulah noktah pelayaran?
Tidak sama sekali!
benar katanya,
itu bukan soal hidup mati
tapi soal neraka syurga abadi..

Redha ilahi adalah segalanya
bukan mendapat yang paling menawan
mahupun yang paling hebat dalam mematahkan hujahmu
Itu katanya.
kerana Sang Adam adalh penyempurna bagimu
bukan untuk mematahkan semangat juangmu.

tentukan apa yang terpenting
harus ada padanya
dan jelaskan fikiran
apa yang boleh ada walau hati
tak berapa sudi.

Amat kusyukuri
Amat kuhargai
kesabaranmu menunggu saat yang tepat
melafaz kata untuk merungkai
dan memujuk hatiku...
Pasti fikiranmu ligat memikirkan cara...
agar kutidak pergi jauh lagi...

Kau kata
tidak semua mengerti diriku
tidak semua faham apa yang kurasa
Namun kau mencoba...
untuk mengerti...
memujuk dalam tegas
namun terselit kasih sayangmu yang menggunung...

soalan terakhir:
Apakah yang penting?orang yang kita sayang atau orang yang sayang kita?=D

No comments:

Post a Comment